Anda mungkin akan protes.''Mana boleh ! Dunia ini masih panjang.Hidup harus diteruskan.Masih banyak masa lagi,Nanti akan ada peluang lain pula yang datang .''Benar,anda juga betul. Tetapi,jika ada peluang lain yang datang selepas kita mengabaikan peluang pertama , itu peluang lain ,bukan peluang yang telah berlalu itu,Dan untuk kedua kali ini,adakah anda melepaskan peluang itu berlalu begitu sahaja buat kali kedua ?Jangan pelik,ada orang yang mengabaikan setiap peluang yang datang kepada dirinya .
Peluang Mengaut Pahala
Peluang untuk mengaut
sebanyak mungkin pahala juga datang sekali sahaja.Jika anda tidak mengambil
peluang membaca Al Quran pada bulan
Ramadhan yang lalu,bermakna anda tidak berpeluang buat kali kedua sehingga
datangnya Ramadhan tahun depan . Tapi itu sudah dikira peluang baru.Adakah anda
akan melepaskan peluang itu sekali lagi ?
Jika anda tidak mengambil peluang untuk memimpin tangan
seorang mak cik yang uzur keluar dari komuter,peluang itu mungkin akan direbut
oleh orang lain .Apakah perasaananda hidup dalam suasana membuat kebaikan,sedangkan anda Cuma
melihat sahaja ?
Jika anda tidak mengambil kesempatan memberhentikan kereta
anda di tepi sebatang jalan raya untuk menolong seseorang yang ditimpa
kemalangan,ada banyak kemungkinan akan berlaku.Antaranya orang itu mungkin akan
mati kerana cedera parah atau pendarahan teruk..Atau Orang lain yang lalu juga
berpendirian seperti anda ,tetapi tidak mahu menolong atau tidak ambil kisah
atau..Anda akan menyesal apabila membaca akhbar keesokan harinya ,orang itu
mati dalam dalam perjalanan selepas anda berlalu .Atau mungkin mangsa tersebut
adalah orang yang terpenting dalam kehidupan anda seperti keluarga atau sahabat
handai.
Peluang yang seperti ini jarang berulang kali kedua.Jika
begitu ,setiap detik perjalanan kehidupan harian kita ialah peluang yang kita
rebut .Masa yang berlalu dan mustahil untuk berulang .Peluang baru datang dan
pergi sedetik kemudian.
Ambillah peluang berbuat sebanyak mungkin kebajika ketika muda kerana ketika tenaga kita masih kuat,pemerhatian kita masih tajam dan pergerakan kita masih kuat .Rebutlah peluang ketika anda sihat kerana apabila sakit,anda tidak mampu untuk berbuat apa apa keputusan walaupun terhadap diri sendiri .Nasib dan urusan anda akan dikendalikan oleh orang lain.
Ambillah sebanyak mungkin peluang ketika anda ada masa lapang.Orang yang sibuk tidak ubah seperti saat malaikat Israfil meniup sangkakala .Semua orang sibuk untuk menyelamatkan diri sendiri .
Dan akhirnya kematian ialah penghujun kepada peluang yang kita ada .Kematian akan datang sekali dan tidak ada lagi kematian selepas itu apabila kita semua hidup di alam akhirat selama lamanya.
Ya,peluang itu hanya datang sekali,hargailah peluang yang ALLAH bagi sementara masih diberi keizinan.Jangan sampai ALLAH tarik baru nak hargai,baru nak menyesal..:)
No comments:
Post a Comment