Wednesday, 6 August 2014

Rebutlah ! peluang hanya sekali

 KITA SERING MENDENGAR ORANG BERKATA.''PELUANG HANYA DATANG SEKALI SAJA''. ANDA PERCAYA ATAU TIDAK ?

Anda mungkin akan protes.''Mana boleh ! Dunia ini masih panjang.Hidup harus diteruskan.Masih banyak masa lagi,Nanti akan ada peluang lain pula yang datang .''Benar,anda juga betul. Tetapi,jika ada peluang lain yang datang selepas kita mengabaikan peluang pertama , itu peluang lain ,bukan peluang yang telah berlalu itu,Dan untuk kedua kali ini,adakah anda melepaskan peluang itu berlalu begitu sahaja buat kali kedua ?Jangan pelik,ada orang yang mengabaikan setiap peluang yang datang kepada dirinya .

Peluang Mengaut Pahala 

Peluang untuk  mengaut sebanyak mungkin pahala juga datang sekali sahaja.Jika anda tidak mengambil peluang  membaca Al Quran pada bulan Ramadhan yang lalu,bermakna anda tidak berpeluang buat kali kedua sehingga datangnya Ramadhan tahun depan . Tapi itu sudah dikira peluang baru.Adakah anda akan melepaskan peluang itu sekali lagi ?
Jika anda tidak mengambil peluang untuk memimpin tangan seorang mak cik yang uzur keluar dari komuter,peluang itu mungkin akan direbut oleh orang lain .Apakah perasaananda hidup dalam  suasana membuat kebaikan,sedangkan anda Cuma melihat sahaja ?
Jika anda tidak mengambil kesempatan memberhentikan kereta anda di tepi sebatang jalan raya untuk menolong seseorang yang ditimpa kemalangan,ada banyak kemungkinan akan berlaku.Antaranya orang itu mungkin akan mati kerana cedera parah atau pendarahan teruk..Atau Orang lain yang lalu juga berpendirian seperti anda ,tetapi tidak mahu menolong atau tidak ambil kisah atau..Anda akan menyesal apabila membaca akhbar keesokan harinya ,orang itu mati dalam dalam perjalanan selepas anda berlalu .Atau mungkin mangsa tersebut adalah orang yang terpenting dalam kehidupan anda seperti keluarga atau sahabat handai.
Peluang yang seperti ini jarang berulang kali kedua.Jika begitu ,setiap detik perjalanan kehidupan harian kita ialah peluang yang kita rebut .Masa yang berlalu dan mustahil untuk berulang .Peluang baru datang dan pergi sedetik kemudian.

Ambillah peluang berbuat sebanyak mungkin kebajika ketika muda kerana ketika tenaga kita masih kuat,pemerhatian kita masih tajam dan pergerakan kita masih kuat .Rebutlah peluang ketika anda sihat kerana apabila sakit,anda tidak mampu untuk berbuat apa apa keputusan walaupun terhadap diri sendiri .Nasib dan urusan anda akan dikendalikan oleh orang lain.

Ambillah sebanyak mungkin peluang ketika anda ada masa lapang.Orang yang sibuk tidak ubah seperti saat malaikat Israfil meniup sangkakala .Semua orang sibuk untuk menyelamatkan diri sendiri .
 Dan akhirnya kematian ialah penghujun kepada peluang yang kita ada .Kematian akan datang sekali dan tidak ada lagi kematian selepas itu apabila kita semua hidup di alam akhirat selama lamanya.

Ya,peluang itu hanya datang sekali,hargailah peluang yang  ALLAH bagi sementara masih diberi keizinan.Jangan sampai ALLAH tarik baru nak hargai,baru nak menyesal..:)